Latest News

CVSKL optimis rawat lebih ramai pesakit dari luar negara

KUALA LUMPUR: Hospital pakar jantung swasta yang baharu dilancarkan, Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL), optimis merawat lebih ramai pesakit warga asing yang memerlukan rawatan penyakit jantung.

Pengerusinya, Tan Sri Dr Yahya Awang, berkata ketika ini pesakit dari luar negara menyumbang antara sembilan hingga 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang dirawat di hospital itu dengan kebanyakannya dari Indonesia.

“Jumlah itu dijangka akan meningkat sebaik kami memasarkan hospital ini dan masyarakat akan mula lebih tahu mengenai CVSKL dan keupayaannya untuk merawat penyakit jantung serta menyumbang kepada sektor pelancongan perubatan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran hospital bernilai RM270 juta itu di sini, hari ini. Pelancaran disempurnakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hadir sama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mengulas lanjut, Yahya berkata, dengan lokasi CVSKL yang terletak di KL Sentral yang juga adalah hab utama pengangkutan di Malaysia, ia akan memberikan lagi kelebihan untuk menarik lebih ramai pesakit.

Katanya, sejak beroperasi pada November tahun lalu, pihaknya sudah merawat kira-kira 10,000 pesakit dalam dan luar negara.

Sementara itu, Rakan Pengurusan Bersama TPG Capital Asia, Datuk Ganen Sarvananthan, berkata pelaburan dibuat pihaknya di dalam CVSKL bukanlah yang pertama di Malaysia kerana sebelum ini sudah pernah melabur di dalam Parkway Pantai, yang kini adalah sebahagian daripada IHH Healthcare.

Katanya, pelaburan di dalam CVSKL dibuat menerusi sayap pelaburan penjagaan kesihatan swastanya, TE Asia Healthcare Partners.

“Model perniagaan TE Asia Healthcare ialah untuk meninjau peluang menubuhkan pusat kepakaran kesihatan di Asia Tenggara dan Asia Selatan.

“Pusat kepakaran kesihatan pertama kami yang dibuka ialah Pusat Onkologi Bersepadu Hong Kong pada tiga tahun lalu. Kami akan terus meninjau peluang untuk membuka pusat kepakaran kesihatan di rantau ini termasuk di Malaysia,” katanya.

[source]

Our Panel

MAKE AN APPOINTMENT

RadDatePicker
Open the calendar popup.